NILAI, 5 MAC 2019 – Jabatan Undang-Undang (JUU) telah mengadakan bengkel “Fail Meja dan Prosedur Kerja” selama dua hari yang telah berlangsung pada 1 hingga 3 Mac 2019 di Amverton Heritage Resort, Ayer Keroh, Melaka.

Dengan adanya bengkel FM dan MPK, ianya akan dapat memantapkan dan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan individu serta jabatan secara keseluruhannya. Bengkel FM dan MPK JUU ini juga dilihat sebagai program tambahan untuk membangunkan keupayaan dan kecekapan serta fokus semua warga kerja JUU dengan kepakaran kerja dalam bidang tugas masing-masing.

Di antara objektif bengkel ini adalah seperti berikut:

(a) Merekod semua prosedur dan peraturan kerja untuk dijadikan rujukan rasmi;

(b) Mewujudkan keseragaman dalam cara menjalankan kerja;

(c) Mengurangkan kesilapan operasi semasa menjalankan tugas;

(d) Memendekkan masa latihan bagi kakitangan baru;

(e) Menyenangkan pertukaran pekerja-pekerja dari satu jabatan ke jabatan lain;

(f) Menyenangkan kajian ke atas sistem kerja dan membolehkan pembaikan sistem dibuat;

(g) Mengurangkan arahan-arahan lisan mengenai cara menjalankan kerja;

(h) Menjelaskan kuasa dan hubungan kerja dengan pegawai-pegawai lain;

(i) Membentuk warga kerja JUU agar sentiasa bekerja dalam prosedur kerja yang jelas, cekap, efisien dan mengikut peraturan serta          berinovasi.

hausarbeit-agentur.com/masterarbeit/

Disediakan oleh:
AHMAD NAKHAIE MOHAMED MUSTAFA
Jabatan Undang-Undang