JPPF

/JPPF
JPPF 2019-04-02T04:49:46+00:00

Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) dahulunya dikenali sebagai Unit Pembangunan telah ditubuhkan pada tahun 2000 dan mula beroperasi di Bangunan Institut Profesional Bailtulmal (IPB), Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Bilangan kakitangan pada masa berkenaan adalah seramai empat orang dan diketuai oleh seorang Pemangku Pengarah, iaitu En. Idris Mamat. Pada masa berikutnya, peranan berkenaan telah diambil alih oleh Ir. Daim Saian dengan menggunakan gelaran sebagai Pengarah Pembangunan.

Pada pertengahan tahun 2001, Unit Pembangunan telah berpindah ke Bangunan Menara A, Persiaran MPAJ, Pandan Indah selaras dengan pertambahan kakitangan dan perpindahan Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM) ke bangunan tersebut. Setelah sebahagian projek pembangunan Kampus Tetap di Mukim Nilai, Negeri Sembilan siap pada Ogos 2005, Unit Pembangunan berpindah ke bangunan sementara (pejabat tapak projek) yang dahulunya diduduki oleh perunding pengurusan projek (PMC), KLIA Consutancy Services Sdn. Bhd (KLIAC