NILAI, 13 JANUARI 2022 – Satu pertemuan bersama dengan YB Senator Datuk Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri telah diadakan. Sesi pertemuan tersebut telah diadakan bagi memberikan taklimat tentang tanggungjawab Jabatan Undang-Undang USIM dalam menyediakan perkhidmatan undang-undang kepada Lembaga Pengarah Universiti, Senat, Jawatankuasa Pengurusan Universiti, fakulti dan Pusat Tanggungjawab (PTj) di Universiti bagi menyokong misi, visi dan objektif Universiti.

Pada sesi pertemuan tersebut YB Senator Datuk juga membincangkan mengenai berkenaan beberapa usaha penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi manfaat staf dan juga mahasiswa/mahasiswi di USIM.

Oleh yang demikian, pihak JUU berbesar hati di atas kesudian YB Senator Datuk meluangkan masa untuk sesi pertemuan seperti yang dinyatakan.

 

Disediakan oleh:
Hamizah Hashim
Pembantu Tadbir Kanan