PELAKSANAAN PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT ~ 2018

NILAI - Pada 8 Jun 2018 -  Jabatan Undang-Undang (JUU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah melaksanakan satu program khidmat masyarakat dalam membantu keluarga Puan Suzana yang tinggal di Desa Cempaka, Nilai. Keluarga ini mengalami masalah kewangan di mana beliau tidak bekerja  disamping anak bongsunya daripada 4 orang adik beradik mengalami penyakit Neuphorotic Sydnrome sejak berumur 10 tahun yang sentiasa bergantung kepada bantuan ubat-ubatan bagi meneruskan kehidupan harian.

Atas dasar keperihatinan, JUU USIM telah menghulurkan sumbangan berbentuk kewangan dan keperluan dapur, serta membantu mendapatkan bantuan khidmat guaman bagi menyelesaikan masalah rumah tangga yang dihadapi oleh Puan Suzana. Selain daripada itu, JUU juga telah mendapatkan bantuan daripada pihak Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) untuk didaftarkan sebagai penerima zakat. 

Semoga progam ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dalam membantu meringankan beban sesebuah keluarga atau orang perseorangan yang memerlukan.

  

  •  

 

Disediakan oleh:
AHMAD NAKHAIE MOHAMED MUSTAFA
Jabatan Undang-Undang

 Jabatan Undang-Undang
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-7988109, Faks: +606-7988056, Emel: helpdesk[at]usim.edu.my