LAWATAN KERJA JABATAN UNDANG-UNDANG USIM KE UNIT PERUNDANGAN PPUM

NILAI, 8 Mei 2017 - Lawatan kerja Jabatan Undang-Undang (JUU) USIM ke Unit Perundangan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) telah dilaksanakan dengan jayanya bagi perkongsian maklumat serta bagi mempelajari struktur perundangan sesebuah hospital pengajian universiti.

Unit Perundangan PPUM dipertanggungjawapkan terus kepada Ketua Pengarah PPUM iaitu YM Prof. Dr. Tunku Kamarul Zaman Tunku Zainol Abidin dan ianya diketuai oleh Puan Nazleen othman, Pegawai Undang-Undang (L44).

Objektif lawatan kerja ini adalah seperti berikut:

a.  Melihat pengendalian aduan dari segi perubatan (medico-legal) yang mana USIM juga bakal mempunyai hospital      sendiri;

b.  Bidang dan skop kerja lain JUU USIM ingin pelajari dan dalami adalah seperti governan dan struktur                        perundangan; dan

c.  Mempelajari perincian semakan dokumen perjanjian/ kontrak, MoA dan MoU yang berkaitan dengan               hospital pengajar seperti PPUM

Adalah diharapkan dengan lawatan kerja ini akan dapat memberi pendedahan dan manfaat kepda staf JUU USIM untuk melaksanakan tugas dengan lebih efisien, teratur dan profesional terutamanya hospital pengajar USIM siap dibina nanti.

Disediakan oleh:

Ahmad Nakhaie Mohamed Mustafa
JABATAN UNDANG-UNDANG USIM

 

 Jabatan Undang-Undang
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-7988109, Faks: +606-7988056, Emel: helpdesk[at]usim.edu.my