BENGKEL PENGENDALIAN MOA & MOU SIRI I - PENGENALAN KEPADA KONTRAK, ISU BERBANGKIT & KESILAPAN LAZIM PUSAT BERTANGGUNGJWAB (PTj) DI USIM

NILAI, 27 Mac 2017 -  Bengkel Pengendalian MoA dan MoU Siri I - Pengenalan Kepada Kontrak, Isu Berbangkit & Kesilapan lazim Pusat Tanggungjawab (PTj) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah diadakan sejajar dengan hasrat Jabatan Undang-Undang (JUU) untuk memberikan kefahaman mengenai tatacara dan pengendalian MoA atau MoU di USIM secara teratur dan berkesan.

Bengkel ini juga merupakan satu platform pembelajaran kepada pegawai USIM memandangkan pegawai di setiap PTj USIM memainkan peranan yg amat penting dalam proses perundingan awal dengan pihak luar sebelum sesebuah kontrak ditandatangani.

 

Antara objektif seminar ini adalah:

a. Memberi pendedahan berkenaan tatacara dan pengendalian Moa & MoU di USIM;

b. Memberi penerangan mengenai elemen-elemen yang perlu dipenuhi dalam pembentukan sesebuah kontrak; dan

c. Memberi pemahaman mengenai klausa-klausa standard yang terkandung di dalam MoA & MoU

Bengkel ini mendapat sambutan yang menggalakkan apabila seramai 50 orang pegawai USIM telah menghadirkan diri.

 

Disediakan oleh:


Ahmad Nakhaie Mohamed Mustafa
JABATAN UNDANG-UNDANG

 

 Jabatan Undang-Undang
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-7988109, Faks: +606-7988056, Emel: helpdesk[at]usim.edu.my