LAWATAN KERJA DARI PEJABAT PENASIHAT UNDANG-UNDANG UnisZA

NILAI, 14 September 2017 - Jabatan Undang-Undang USIM telah menerima kunjungan lawatan kerja dari Pejabat Penasihat Undang-Undang Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).Delegasi UniSZA diketuai oleh Cik Ahlaam Yusof, Pegawai Undang-Undang Kanan (L44) Bersama-sama staf pejabat Penasihat Undang-Undang UniSZA yang lain.

Objektif lawatan kerja ini untuk mengeratkan hubungan ukhuwah  di antara Pejabat Penasihat Undang-Undang seluruh IPTA disamping meningkatkan kerjasama serta berkongsi pengalaman di dalam mengendalikan dokumen atau MoU, MoA, tatatertib staf dan pengendalian pejabat.

Jabatan Undang-Undang USIM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Penasihat Undang-Undang UniSZA kerana memilih jabatan ini sebagai tempat rujukan dan berkongsi pengalaman dalam pengendalian hal ehwal perundangan Universiti.

Disediakan oleh:
EN. AHMAD NAKHAIE MOHAMED MUSTAFA
Jabatan Undang-Undang

 Jabatan Undang-Undang
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-7988109, Faks: +606-7988056, Emel: helpdesk[at]usim.edu.my