BENGKEL PENGENDALIAN MoA & MoU SIRI II - TATACARA DAN PENDERAFAN MoA BERBENTUK AKADEMIK DAN PENYELIDIKAN

NILAI, 25 Oktober 2017 - Bengkel Pengendalian MoA dan MoU siri II -  Tatacara dan Penderafan MoA Berbentuk Akademik dan Penyelidikan telah diadakan selaras dengan hasrat Jabatan Undang-Undang untuk memberi kefahaman kepada warga USIM terutamanya PTj  sasaran  mengenai tatacara dan penderafan MoA yang berbentuk akademik dan penyelidikan (research) secara teratur dan berkesan.

Di antara objektif taklimat ini adalah seperti berikut:

             a.         Memberi penerangan mengenai tatacara dan penderafan MoA yang bersifat akademik dan                                      penyelidikan (research) di USIM.

             b.         Memberi pemahaman mengenai klausa-klausa standard yang terkandung di dalam MoA.

             c.         Membincangkan isu-isu berbangkit berkaitan dengan MoA berkenaan perjanjian serta kesilapan                               yang sering kali berlaku di USIM.

Peserta yang terlibat dengan taklimat ini adalah terdiri daripada semua Penolong Pendaftar Akademik Fakulti, Pusat Pengajian Siswazah (PPS), Pusat Tamhidi, Pusat Pengajian Teras (PPT), Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP), Pusat Iovasi, Jaringan Industri dan Masyarakat (PIJIM) dan Bahagian Pengurusan Akademik (BPA) serta kakitangan akademik. 

Disediakan oleh:
EN. AHMAD NAKHAIE MOHAMED MUSTAFA
Jabatan Undang-Undang

 

 

 Jabatan Undang-Undang
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-7988109, Faks: +606-7988056, Emel: helpdesk[at]usim.edu.my