BICARA WANITA: HAK WANITA DALAM RUMAH TANGGA MENURUT UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM

NILAI, 7 DISEMBER 2017 – Satu seminar bertajuk "Hak Wanita Dalam Rumahtangga Menurut Undang-Undang Keluarga Islam" telah diadakan dengan jayanya selaras dengan hasrat Jabatan Undang-Undang USIM dalam memberi kefahaman kepada seluruh warga USIM khususnya kaum wanita tentang hak mereka dalam rumahtangga dari perspektif undang-undang keluarga Islam yang telah disampaikan oleh Puan Norharisah Johar (Peguam Syarie).

Objektif seminar:-

  a. Memberi pendedahan dan kefahaman mengenai peruntukan undang-undang keluarga Islam yang berkaitan              dengan hak-hak wanita dan penguatkuasaannya di Malaysia.

  b. Memberi panduan kepada peserta mengenai hak-hak wanita jika berlaku poligami, kematian suami dan                    perceraian.

  c. Menyediakan flatform untuk para peserta mengutarakan permasalahan mereka yang berkaitan dengan                    undang-undang keluarga dan mencadangkan penyelesaian/ solusi yang bersesuaian.

Asas pertimbangan:

 a.   Seminar ini perlu dianjurkan agar warga USIM khususnya kaum wanita mempunyai kefahaman yang jelas                mengenai hak mereka dalam Islam termasuk nafkah ketika di dalam perkahwinan dan hak terhadap penjagaan        anak, pemilikan harta, mut'ah dan nafkah iddah jika berlaku perceraian.

b.   Golongan wanita perlu mengetahui hak mereka di bawah undang-undang syariah jika berlaku kematian suami,        khususnya yang berkaitan dengan pembahagian harta pusaka di kalangan waris si suami.

 

Disediakan oleh:
EN. AHMAD NAKHAIE MOHAMED MUSTAFA
Jabatan Undang-Undang

 Jabatan Undang-Undang
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-7988109, Faks: +606-7988056, Emel: helpdesk[at]usim.edu.my