LAWATAN KERJA KE PEJABAT BAHAGIAN PERUNDANGAN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

BATU PAHAT, 17 April 2016 - Lawatan kerja tahunan ke Universiti Awam (UA) pada tahun 2016, Jabatan Undang-Undang memilih Pejabat Bahagian Perundangan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM). Lawatan disertai oleh semua staf Jabatan Undang-Undang yang diketuai oleh Y.Bhg. Pn. Yuhani Jamiran, Penasihat Undang-Undang USIM.

Lawatan kerja satu hari berlangsung di Bilik Mesyuarat Bahagian Perundangan UTHM dan satu sesi taklimat dipengerusikan oleh Pn. Nafisah Hamzah, Pegawai Undang-Undang UTHM. Lawatan ini bertujuan adalah untuk berkongsi ilmu dan ingin mendalami serta bertukar-tukar fikiran bagi memantapkan lagi pengurusan Jabatan Undang-Undang USIM.

Antara lain objektif lawatan ini adalah:-

  • Melihat sistem pentadbiran yang digunapakai oleh Bahagian Perundangan UTHM
  • Berkongsi pengalaman dalam pengendalian kes tatatertib staf dan pelajar
  • Mempelajari perincian akan semakan dokumen perjanjian/kontrak Universiti, MoA & MoU
  • Berkongsi ilmu berkaitan proses tuntutan gantirugi bagi kes pecah kontrak
  • mendalami lagi lain-lain isu perundangan berkaitan dengan Universiti.

Jabatan Undang-Undang merakamkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga UTHM amnya dan semua staf Pejabat Bahagian Perundangan UTHM khasnya atas kesudian menerima kedatangan Jabatan Undang-Undang bagi mengadakan lawatan ini.

Disediakan oleh:

EN. MOHD HILMI DAUD
Jabatan Undang-Undang

 Jabatan Undang-Undang
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-7988109, Faks: +606-7988056, Emel: helpdesk[at]usim.edu.my