BENGKEL PEMATUHAN KEPADA AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

NILAI, 9 Mei 2016 -  Hasil lawatan daripada Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia (JPDP), Putajaya ke USIM pada awal Februari 2016 lalu, Jabatan Undang-Undang dengan kerjasama Unit Latihan, Jabatan Pendaftar mengambil inisiatif mengadakan bengkel berkaitan pematuhan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 kepada semua Ketua-ketua Jabatan.

Bengkel yang diadakan satu hari disertai oleh beberapa Ketua Jabatan serta pegawai-pegawai bagi setiap Pusat Tanggungjawab (PTj) bertujuan adalah:-

  • Memberi pendedahan dan pemahaman secara praktikal akan pematuhan kepada Akta ini. Ianya juga memberi manfaat bagi setiap Jabatan/Fakulti/Bahagian/Unit tentang cara penerimaan, penyimpanan dan pengurusan data.
  • Penerangan akan 7 Prinsip Perlindungan Data Peribadi yang wajib dipatuhi di bawah s. 5(1) dalam Akta ini demi menjaga keutuhan data peribadi
  • Memberi kefahaman mengenai pembangunan dan penguatkuasaan dasar, pemahaman proses kerja  sewaktu memproses data peribadi dan pelupusan data
  • Menekankan akautabiliti dan perlindungan data peribadi serta kefahaman dan kemahiran kepada staf yang diperlukan di dalam isu perlindungan data peribadi

Disediakan oleh:
EN. MOHD HILMI DAUD
Jabatan Undang-Undang

Jurugambar:
EN. MOHD YUSRIZAL MOHD YUNUS
Pusat Komunikasi Strategik (Stracomm)

 Jabatan Undang-Undang
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-7988109, Faks: +606-7988056, Emel: helpdesk[at]usim.edu.my