SEMINAR HARTA INTELEK - PENERBITAN & PENYELIDIKAN

NILAI, 24 September 2018 -  Seminar "Harta Intelek - Penerbitan & Penyelidikan" ini adalah garapan daripada projek yang telah dirancang dan merupakan kesinambungan daripada tiga (3) bengkel berkaitan perjanjian/MoA di USIM yang telah diadakan oleh JUU sebelum ini. Seminar pada kali ini adalah berfokus kepada perjanjian/MoA yang melibatkan Harta Intelek di bawah skop penerbitan dan kajian (research) di USIM .

Antara objektif pada seminar tersebut ialah:

~ Membincangkan isu-isu harta intelek yang berbangkit dalam proses penerbitan di universiti.

~ Membincangkan isu-isu harta intelek yang berbangkit dalam proses kajian (research) di universiti.

~ Mengupas dokumen-dokumen yang berkaitan dengan harta intelek di USIM termasuk Polisi Harta Intelek, Polisi       Penerbitan dan sampel perjanjian antara universiti (sebagai penerbit) dan penulis buku. 

~ Mendapatkan perkongsian maklumat daripada peguam mengenai tips  dalam menderaf klausa harta intelek             terbaik di bawah MoA yang berkenaan di USIM.

 

 

 

 

Disediakan oleh:
EN. AHMAD NAKHAIE MOHAMED MUSTAFA
Jabatan Undang-Undang

 

 Jabatan Undang-Undang
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-7988109, Faks: +606-7988056, Emel: helpdesk[at]usim.edu.my