PROGRAM JALINAN AMAL & MAJLIS BERBUKA PUASA

NILAI, 30 Jun 2016 - Sempena Ramadan dan bakal menjelang Syawal 1437H yang tidak lama lagi, Jabatan Undang-Undang (JUU) dan Pusat Perancangan Korporat & Pengurusan Kualiti (PPKPK) USIM meraikan lebih kurang 20 orang golongan asnaf daripada empat keluarga sekitar kawasan Nilai, Negeri Sembilan dan Sepang, Selangor dalam Program Amal Kasih dan Majlis Berbuka Puasa di Bilik Galeri, Bangunan Canselori USIM.

Program ini merupakan program Tanggungjawab Sosial (CSR) JUU yang kedua dijalankan sempena kehadiran Ramadan dan menyambut bulan Syawal. Antara aktiviti yang dilakukan bersama keluarga asnaf adalah memberi sumbangan keperluan asas, membawa mereka membeli kelengkapan pakaian bagi menyambut hari raya serta mengadakan majlis berbuka puasa. Pada majlis berbuka puasa, Pengarah PPKPK, Y.Bhg. Prof. Dr. Abdul Rahim Abdul Rahman turut memberi tazkirah ringkas kepada semua keluarga asnaf serta staf JUU dan PPKPK. Selain itu, turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada semua ahli keluarga asnaf.

Seluruh warga JUU serta PPKPK ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua warga USIM yang telah memberi sumbangan dan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.

 

Disediakan oleh:
EN. MOHD HILMI DAUD
Jabatan Undang-Undang

 Jabatan Undang-Undang
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-7988109, Faks: +606-7988056, Emel: helpdesk[at]usim.edu.my