TATATERTIB STAF & PELAJAR

Apakah hukuman yang akan dikenakan kepada pegawai yang melakukan kesalahan tatatertib?

Mengikut Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605), pegawai yang didapati bersalah atas suatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan tindakan berikut:

          a)      amaran;
          b)      denda;
          c)      lucut hak emolumen;
          d)      tangguh pergerakan gaji;
          e)      turun gaji;
          f)       turun pangkat;
          g)      buang kerja.

Apakah hukuman yang akan dikenakan kepada pelajar yang melakukan kesalahan tatatertib?

Mengikut Kaedah-Kaedah Universiti Sains Islam Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 2009, pelajar yang didapati bersalah melakukan suatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan mana-mana satu atau mana-mana gabungan dua atau lebih hukuman yang sesuai sepertimana berikut:

          a)      amaran;
          b)      denda tidak melebihi RM200.00;
          c)      dilarang daripada mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian tertentu Universiti bagi tempoh                            yang ditetapkan;
         d)      digantung daripada menjadi seorang pelajar Universiti bagi tempoh yang ditetapkan; atau
         e)      dipecat daripada Universiti.

 Jabatan Undang-Undang
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-7988109, Faks: +606-7988056, Emel: helpdesk[at]usim.edu.my