Kata Aluan Penasihat Undang-Undang

 

Bismillah Hirrahman Nirrahim...


السلام عليكم ورحمة الله  وبركا ته dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada para pengunjung yang sudi melayari laman web Jabatan Undang-Undang USIM. Selari dengan perkembangan pesat teknologi maklumat masakini, saya berharap laman ini akan dapat memberikan segala maklumat yang dikehendaki terutamanya mengenai perkhidmatan perundangan yang disediakan oleh Jabatan Undang-Undang USIM di samping menjadi sumber maklumat hal-ehwal perundangan dan sumber maklumbalas tentang kualiti perkhidmatan kami.

Jabatan Undang-Undang USIM adalah salah satu bahagian di bawah Canselori yang berperanan untuk mengendalikan semua urusan berkaitan perundangan di samping menjadi sumber rujukan untuk memastikan hak kepentingan Universiti sentiasa terpelihara.

Kami sentiasa komited untuk memastikan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Undang-Undang adalah berkualiti dan berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada bagi menegakkan keadilan untuk semua.

Dalam memenuhi objektif di atas, Jabatan Undang-Undang akan sentiasa mengemaskini, menambah maklumat serta perkhidmatan atas talian kami.  Sehubungan itu, pandangan, cadangan serta teguran semua pihak amatlah dialu-alukan demi kebaikan bersama.

Sekian, terima kasih.


Salam hormat,

 

 

YUHANI BINTI JAMIRAN
Penasihat Undang-Undang
Jabatan Undang-Undang USIM

 Jabatan Undang-Undang
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-7988109, Faks: +606-7988056, Emel: helpdesk[at]usim.edu.my