NILAI, 17 April 2019 – Jabatan Undang- Undang (JUU) telah melaksanakan program SCR bagi tahun 2019. Pada kali ini JUU telah memilih untuk melakukan aktiviti yang dinamakan #TrashChallenge. Aktiviti ini merupakan salah satu cabaran mengutip sampah di mana-mana lokasi. Kuarters Staf USIM dipilih sebagai satu lokasi yang telah dikenalpasti untuk diadakan aktiviti tersebut.

Ianya bertujuan bagi menanamkan kesedaran tentang kepentingan alam sekitar di kalangan staf JUU sekaligus melahirkan staf yang menyintai akan kecantikan dan kebersihan alam sekitar. Program ini juga diharapkan dapat memberikan kesedaran bahawa kesihatan yang baik datang dari alam persekitaran yang bersih.

Objektif program:

1. Memupuk minat memelihara alam sekitar di kalangan staf Jabatan Undang-Undang.
2. Menyebarkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar kepada staf Jabatan
Undang-Undang.
3. Meningkatkan semangat kerjasama dan hubungan baik antara staf di Jabatan Undang-Undang.
4. Melahirkan sikap prihatin terhadap alam sekitar di kalangan staf Jabatan Undang-Undang.

Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan supaya ianya terus menjadi satu contoh cabang kebersihan alam sekitar dan juga merupakan satu aktiviti yang baik untuk kesihatan.