MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA BERSAMA JABATAN UNDANG-UNDANG -2018

//MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA BERSAMA JABATAN UNDANG-UNDANG -2018

NILAI, 13 Julai 2018 – Kemeriahan bulan Syawal masih lagi dirasakan terutamanya pada hari terakhirnya dengan Jabatan Undang-Undang (JUU) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan  Jamuan Penutup Raya JUU buat julung kalinya yang dapat dijadikan sebagai medium bagi mengeratkan tali silaturrahim  di kalangan warga USIM khasnya di bangunan Canselori.

Antara juadah tradisi yang dihidangkan adalah Ketupat, Rendang Ayam Negeri Sembilan, Soto serta kuih-muih. Kemeriahan amat terasa dengan kehadiran diluar jangkaan oleh para tetamu.

Diharapkan majlis seperti tradisi Rumah Terbuka seperti pada Hari Raya Aldilfitri dapat diteruskan pada masa akan datang.

 

Disediakan oleh:

EN. AHMAD NAKHAIE MOHAMED MUSTAFA
Jabatan Undang-Undang

2018-12-05T15:35:21+00:00