NILAI, 28 SEPTEMBER 2020 – Jabatan Undang-Undang USIM telah menganjurkan Seminar Tatacara Perolehan Kerajaan selaras dengan hasrat JUU untuk memberi kefahaman kepada pegawai-pegawai Universiti Awam (UA) khususnya pegawai undang-undang, pegawai pembangunan, pegawai Bursar dan pegawai audit selain pegawai agensi kerajaan/swasta yang berkaitan, tentang isu-isu dalam tatacara perolehan kerajaan yang kerapkali berbangkit/menjadi masalah di organisasi masing-masing di samping menjana pendapatan JUU bagi tahun 2020.
Objektif Seminar:-
- Memberi pendedahan dan kefahaman kepada peserta mengenai proses dan prinsip tatacara perolehan kerajaan.
- Mengaplikasikan pengetahuan dan amalan yang dipelajari semasa bengkel tatacara perolehan kerajaan.
- Membincangkan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian oleh pihak universiti tentang tatacara perolehan yang betul dan terkini.
- Membantu melengkapkan peserta dengan pengetahuan dan teknik yang relevan dalam menguruskan perolehan kerajaan supaya dapat memberikan pulangan terbaik kepada kerajaan secara umumnya dan universiti secara khususnya.
- Membincangkan pengajaran atau dapatan dari projek-projek yang telah diaudit kepada peserta bagi contoh pemahaman yang lebih jelas.
- Menyediakan platform untuk para peserta mengutarakan permasalahan mereka yang berkaitan dengan tatacara perolehan kerajaan dan membincangkan penyelesaian/solusi yang bersesuaian.
Seminar ini dianjurkan agar para peserta dapat memahami tatacara perolehan kerajaan, menjalankan perolehan mengikut tatacara yang betul dan mengurangkan kesilapan dalam menjalankan proses perolehan di organisasi masing-masing.
Disediakan oleh:
AHMAD NAKHAIE MOHAMED MUSTAFA
Jabatan Undang-Undang