Nilai 14 Oktober 2022 – Kesibukan dan beban tugas di pejabat boleh menyumbang kepada tekanan.(stress). Demi menyahut seruan Bulan Kesedaran Mental 2022 semua staf JUU mengambil kesempatan beriadah bersama-sama dengan mengadakan aktiviti bermain boling.  

Sesi santai permainan boling ini diadakan di Pusat Boling Bowlers, Mesamall. Semua staf JUU amat gembira, seronok, dapat beriadah bersama-sama serta melapangkan mental, fizikal  dan tekanan kerja .Permainan boling ini juga dapat mengeratkan silaratulrahim di kalangan staf JUU dan paling penting dapat melepaskan tekanan kerja. 

Diharapkan aktiviti riadah seumpana ini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk kebaikan mental dan fizikal bersama.  

 

Disediakan oleh:
Hamizah Hashim
Pembantu Tadbir Kanan