Nilai 25 September 2022 – Jabatan Undang-Undang USIM telah mengadakan Lawatan kerja Ke Pejabat Penasihat Undang-Undang Universiti Sultan Zainal Abidin (PPPU UniSZA) dan juga ke Pejabat Penasihat Undang-Undang Universiti Terengganu Malaysia (UMT). Lawatan Kerja ini adalah timbalbalas lawatan dari kedua-dua universiti yang telah berkunjung ke Jabatan Undang-Undang sebelum ini.

Kunjungan pertama JUU adalah ke PPUU UniSZA. Wakil dari PPUU iaitu Pegawai Undang-Undang Cik Ahlaam Yusof telah menyambut kedatangan JUU. Sesi perkongsian merangkumi semakan Dokumen Perjanjian/ Kontrak Universiti, kontrak perolehan, MoA dan MoU.

JUU meneruskan Lawatan Kerja ke Pejabat Penasihat Undang-Undang Universiti Terengganu Malaysia (UMT) pada hari yang sama. Kesemua staf Pejabat Penasihat Undang-Undang yang diketuai oleh Dr. Fahirah Syaliza Binti Mokhtar Penasihat Undang-Undang UMT telah menyambut kedatangan JUU dengan penuh mesra. Rombongan kami telah dibawa dan di perkenalkan dengan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) iaitu Profesor ChM. Dr. Marinah binti Mohd Ariffin.

Sesi taklimat telah disampaikan oleh Penasihat Undang-Undang UMT merangkumi struktur, carta organisasi, skop tatacara dan proses kerja pengendalian semakan dokumen perundangan/perjanjian, MoA serta Mou, pertikaian cuti belajar dan litigasi, tatatertib staf dan pelajar serta pentadbiran.

Lawatan Kerja tersebut diakhiri dengan slot pertukaran cenderahati di antara kedua-dua universiti. JUU berharap lawatan kerja ini telah mendapat manfaat dan impak positif kedua-dua pihak.

Disediakan oleh:
Hamizah Hashim
Pembantu Tadbir Kanan