Nilai 23 November 2022 – Satu kunjungan hormat Majlis Penasihat Undang-Undang (MPUU) Universiti Awam bersama Yang Amat Arif Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat telah berlangsung pada 22 November 2022 di Istana Kehakiman, Putrajaya.

Antara yang turut hadir pada sesi tersebut ialah YB Datuk Hasbi binti Hasan (Ketua Mahkamah Persekutusan), YBrs. Tuan Zamri bin Bakar (Timbalan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutusan), YBrs. Puan Jumirah binti Marjuki (Pendaftar Mahkamah Rayuan) dan YBrs. Tuan Azhaniz Teh bin Azman Teh (Pendaftar Mahakamah Rendah Malaya) serta ahli-ahli MPUU yang terdiri daripada Penasihat Undang-Undang dan Pegawai Undang-Undang Universiti Awam. Turut hadir mewakili USIM ialah YBhg. Puan Yuhani Jamiran, Penasihat Undang-Undang USIM.

YAA Ketua Hakim dalam ucapannya telah menerangkan dengan panjang lebar bahawa keputusan-keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Persekutuan adalah berdasarkan bukti-bukti yang dikemukakan di Mahkamah dan keterangan-keterangan saksi. YAA Ketua Hakim juga telah menjelaskan kedudukan Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah di bawah Perlembagaan Malaysia dan tiada isu pertindihan kuasa antara kedua-dua mahkamah tersebut.

Diharapkan diskusi kerjasama dan soal jawab seperti yang dinyatakan dapat diteruskan lagi di masa hadapan dan kedua-dua pihak dapat saling bertukar idea serta pendapat bagi menjalinkan hubungan yang lebih kukuh.

 

Disediakan oleh:
Hamizah Hashim
Pembantu Tadbir Kanan