Nilai 17 Mei 2023 – Jabatan Undang-Undang (JUU) USIM, hari ini telah menerima kunjungan hormat daripada Jabatan Kastam DiRaja Malaysia, Putrajaya (JKDM) yang diketuai oleh Tuan Ahmad Hafidzi bin Harun, Penolong Kanan Pengarah Kastam 1. Delegasi JKDM turut disertai oleh tiga orang pegawai lain iaitu Puan Zaini Mat Yaman (WK48), Puan Noor Aini Che Hassan (WK41) dan Puan  Siti Suharti Sukir (WK48).

Kunjungan hormat penuh mesra itu, antara lain membincangkan pelbagai perkara, khususnya cadangan untuk mengadakan program kesedaran JKDM di kalangan warga Universiti.   Lanjutan dari perbincangan ini, satu taklimat oleh JKDM akan diadakan dalam masa terdekat bagi memberi penerangan mengenai fungsi JKDM, prospek kerjaya di JKDM dan isu-isu percukaian yang berkaitan kepada warga Universiti.

Kunjungan hormat ini diharapkan dapat mengukuhkan hubungan sedia ada antara pihak JKDM dan USIM.  Semoga jalinan kerjasama yang dibina dapat diteruskan pada masa hadapan.

 

Disediakan oleh:
Hamizah Hashim
Pembantu Tadbir Kanan