Jabatan Undang-Undang (JUU) adalah sebuah Jabatan di bawah Pejabat Canselori USIM dan beroperasi di Tingkat 1, Bangunan Canselori, USIM.

Pada awal penubuhannya dalam bulan September tahun 2004, ia hanyalah sebuah unit yang dikenali sebagai Unit Undang-Undang dan Tatatertib (UTT) di bawah Jabatan Pendaftar.  Pada akhir tahun 2005, ia telah dinaik taraf kepada sebuah bahagian yang dikenali sebagai Bahagian Undang-Undang (BUU) dan masih dikekalkan di bawah Jabatan Pendaftar.

Selaras dengan keputusan Mesyuarat Lembaga Pengarah USIM Bil 4/2013 pada 25 September 2013, Bahagian Undang-Undang telah distrukturkan semula sebagai sebuah jabatan bermula dari 1 Januari 2014 dan ditempatkan di bawah Jabatan Canselori di bawah pengawasan Naib Canselor.

JUU bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan undang-undang kepada Lembaga Pengarah Universiti, Senat, Jawatankuasa Pengurusan Universiti, Fakulti/Pusat/Jabatan/Pusat Tanggungjawab lain di Universiti bagi menyokong visi, misi dan objektif Universiti untuk menjadi pusat rujukan global bagi Sains Islam.