PELAN STRATEGIK JABATAN UNDANG-UNDANG USIM 2026-2030
NILAI TERAS
Penerapan lima nilai utama dalam setiap gerak kerja: Integriti, profesionalisme, akauntabiliti, kerjasama dan inovasi.
TERAS PELAN STRATEGIK
- Memperkukuh amalan tadbir urus yang baik dan mematuhi undang-undang
- Meningkatkan kualiti penasihatan dan semakan perundangan
- Meningkatkan kompetensi dan keberkesanan organisasi
- Meningkatkan sumbangan kepada Universiti dan komuniti
TERAS 1
Memperkukuh amalan tadbir urus yang baik dan mematuhi undang-undang
| STRATEGI | PELAN TINDAKAN | OBJEKTIF | TEMPOH | KPI |
|---|---|---|---|---|
|
Memperkukuh amalan tadbir urus/governan yang baik dan sentiasa mematuhi peraturan |
Melakukan semakan dasar secara berkala/konsisten dan menjalankan pemantauan secara efisien. |
Memastikan tindakan Universiti sentiasa selaras dengan AUKU, statut, peraturan, kaedah dan dasar Universiti. |
2026-2030 |
≥ 5 peraturan / kaedah / dasar /garis panduan disemak setahun |
TERAS 2
Meningkatkan kualiti penasihatan dan semakan perundangan
| STRATEGI | PELAN TINDAKAN | OBJEKTIF | TEMPOH | KPI |
|---|---|---|---|---|
|
Memperkukuh kualiti khidmat penasihatan dan semakan perundangan |
Menggunakan template kontrak standard serta menasihati berkenaan peruntukan dan terma kontrak |
Meningkatkan ketepatan penasihatan dan melindungi kepentingan institusi melalui kontrak yang kukuh. |
2026-2030 |
Penasihatan pertama dibuat selewat-lewatnya dalam masa 3 hari bekerja dari tarikh dokumen yang lengkap diterima oleh Jabatan |
TERAS 3
Meningkatkan kompetensi staf dan keberkesanan organisasi
| STRATEGI | PELAN TINDAKAN | OBJEKTIF | TEMPOH | KPI |
|---|---|---|---|---|
|
Memperkukuh keupayaan staf dan kecemerlangan organisasi |
Melaksanakan program pembangunan profesional berterusan (CPD), memperkenalkan e-Legal Desk dan menjalankan kajian kepuasan pelanggan dalaman. |
Memantapkan kemahiran staf melalui teknologi dan budaya kerja berprestasi. |
2026-2030 |
≥ 3 program latihan setahun ≥ 85% skor tahap kepuasan pelanggan dalaman setahun |
TERAS 4
Meningkatkan sumbangan ilmu perundangan kepada Universiti dan komuniti
| STRATEGI | PELAN TINDAKAN | OBJEKTIF | TEMPOH | KPI |
|---|---|---|---|---|
|
Memperkasa penyebaran ilmu dan kefahaman perundangan dalam kalangan warga Universiti dan masyarakat |
Menganjurkan program literasi undang-undang dalaman dan memberikan khidmat nasihat/ pemindahan ilmu undang-undang kepada komuniti |
Memperkasa literasi undang-undang melalui program dalaman dan LegalUSIM@Komuniti |
2026-2030 |
≥ 3 program setahun |
