Jabatan Undang-Undang USIM
Jabatan Undang-Undang (JUU) adalah sebuah Jabatan di bawah Pejabat Canselori USIM.Pada awal penubuhannya dalam bulan September tahun 2004, ia hanyalah sebuah unit yang dikenali sebagai Unit Undang-Undang dan Tatatertib (UTT) di bawah Jabatan Pendaftar. Pada akhir tahun 2005, ia telah dinaik taraf kepada sebuah bahagian yang dikenali sebagai Bahagian Undang-Undang (BUU) dan masih dikekalkan di bawah Jabatan Pendaftar.
Selaras dengan keputusan Mesyuarat Lembaga Pengarah USIM Bil 4/2013 pada 25 September 2013, Bahagian Undang-Undang telah distrukturkan semula sebagai sebuah jabatan bermula dari 1 Januari 2014 dan ditempatkan di bawah Jabatan Canselori di bawah pengawasan Naib Canselor.
JUU bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan undang-undang kepada Lembaga Pengarah Universiti, Senat, Jawatankuasa Pengurusan Universiti, Fakulti/Pusat/Jabatan/Pusat Tanggungjawab lain di Universiti bagi menyokong visi, misi dan objektif Universiti untuk menjadi pusat rujukan global bagi Sains Islam
Siri Bicara Undang-Undang
Buletin @ Jabatan Undang-Undang
Jabatan Undang-Undang USIM Perkasa Kesedaran Antibuli dan Gangguan Seksual di Pedalaman Sabah
RANAU – Jabatan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) di Pusat Jagaan Rumah Putera Harapan, Kampung Lohan Skim 2, Ranau, Sabah pada 15 Jun 2026 baru baru ini [...]
PROGRAM UNIVERSITY SOCIAL RESPONSIBILITY (USR) KE PERTUBUHAN PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) NILAI
Nilai, 12 Februari 2026 – Jabatan Undang-Undang (JUU) dan Pejabat Audit Dalam (PAD) telah bekerjasama mengadakan Program University Social Responsibility (USR) Ke Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Nilai. Selaras dengan Pelan Strategik USIM 2023-2025 di [...]
TAKLIMAT PENUBUHAN JAWATANKUASA SIASATAN FAKULTI & PROSEDUR PENGURUSAN SIASATAN KES KESALAHAN AKADEMIK PELAJAR
Nilai, 02 Mac 2026 – Satu taklimat berkaitan Penubuhan Jawatankuasa Siasatan Fakulti dan Prosedur Pengurusan Siasatan Kes Kesalahan Akademik Pelajar telah diadakan di bilik Galeri, USIM. Peserta-peserta taklimat yang dijemput adalah Timbalan-Timbalan Dekan (Akademik & [...]
Peneraju di dalam Integrasi Pengetahuan Naqli & Aqli
Merupakan sebuah Universiti yang menjadi peneraju di dalam integrasi ilmu pengetahuan Naqli & Aqli
Persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif
Kemudahan sukan yang bertaraf dunia (pengitirafan oleh AIAF)
Penginapan yang baik dan persekitaran yang kondusif
Teknologi terkini segala kemudahan di dalam bidang tersebut:
- pengajaran dan penyelidikan
Fungsi Bahagian Jabatan Undang-Undang
- Mengendalikan urusan semakan, pindaan & penggubalan dokumen perundangan Universiti (Akta, Statut, Kaedah, Peraturan, Polisi/ Dasar & Garis Panduan
- Mengendalikan kes tatatertib staf USIM bagi setiap kumpulan perkhidmatan
- Mengendalikan kes tatatertib pelajar USIM
- Mengendalikan tuntutan bayaran balik
- Mengendalikan kes pecah kontrak staf
- Mengendalikan urusan quaman bagi kes mahkamah yang melibatkan Universiti
- Mengendalikan urusan pelantikan peguam untuk setiap kes
- Mengendalikan semakan, gubalan, gubalan semula Memorandum Persefahaman, Memorandum Persetujuan, Surat Niat dan Surat Indemniti
- Mengendalikan semakan, gubalan, gubalan semula Perjanjian Konsesi, Perjanjian Kerahsiaan, Perjanjian Perkhidmatan dan Perjanjian Penyewaan
- Mengendalikan semakan dokumen-dokumen berkaitan harta intelek Universiti
- Memberi pandangan/ penasihatan dari segi undang-undang kepada Universiti
- Merancang dan mengendalikan latihan undang-undang
- Sebagai salah satu usaha untuk memberikan perkhidmatan kepada warga USIM dan masyarakat setempat
- Mendukung hasrat Universiti untuk melaksanakan penjanaan pendapatan








