Diinspirasikan Melalui Kecemerlangan dan Inovasi

Universiti yang menawarkan pelbagai jenis konsep pengajaran dan pembelajaran serta pelbagai aktiviti kurikulum yang berkualiti tinggi.

JABATAN UNDANG-UNDANG USIM

Jabatan Undang-Undang (JUU) adalah sebuah Jabatan di bawah Pejabat Canselori USIM dan beroperasi di Tingkat 1, Bangunan Canselori, USIM.

Pada awal penubuhannya dalam bulan September tahun 2004, ia hanyalah sebuah unit yang dikenali sebagai Unit Undang-Undang dan Tatatertib (UTT) di bawah Jabatan Pendaftar.  Pada akhir tahun 2005, ia telah dinaik taraf kepada sebuah bahagian yang dikenali sebagai Bahagian Undang-Undang (BUU) dan masih dikekalkan di bawah Jabatan Pendaftar.

Selaras dengan keputusan Mesyuarat Lembaga Pengarah USIM Bil 4/2013 pada 25 September 2013, Bahagian Undang-Undang telah distrukturkan semula sebagai sebuah jabatan bermula dari 1 Januari 2014 dan ditempatkan di bawah Jabatan Canselori di bawah pengawasan Naib Canselor.

JUU bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan undang-undang kepada Lembaga Pengarah Universiti, Senat, Jawatankuasa Pengurusan Universiti, Fakulti/Pusat/Jabatan/Pusat Tanggungjawab lain di Universiti bagi menyokong visi, misi dan objektif Universiti untuk menjadi pusat rujukan global bagi Sains Islam

SIRI BICARA UNDANG-UNDANG

Buletin @ Jabatan Undang-Undang

PENERAJU DI DALAM INTEGRASI PENGETAHUN NAQLI & AQLI

Merupakan sebuah Universiti yang menjadi peneraju di dalam integrasi ilmu pengetahuan Naqli & Aqli

  • Persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif

  • Kemudahan sukan yang bertaraf dunia (pengitirafan oleh AIAF)

  • Penginapan yang baik dan persekitaran yang kondusif

  • Teknologi terkini segala kemudahan di dalam bidang tersebut:

    • pengajaran dan penyelidikan

FUNGSI BAHAGIAN JABATAN UNDANG-UNDANG

  • Mengendalikan urusan penggubalan dokumen Universiti (Status, Kaedah dan Peraturan)
  • Mengendalikan kes tatatertib staf USIM bagi setiap kumpulan perkhidmatan
  • Mengendalikan kes tatatertib pelajar USIM
  • Mengendalikan tuntutan bayaran balik
  • Mengendalikan kes pecah kontrak staf
  • Mengendalikan urusan quaman bagi kes mahkamah yang melibatkan Universiti
  • Mengendalikan urusan pelantikan peguam untuk setiap kes
  • Mengendalikan semakan, gubalan, gubalan semula Memorandum Persefahaman, Memorandum Persetujuan, Surat Niat dan Surat Indemniti
  • Mengendalikan semakan, gubalan, gubalan semula Perjanjian Konsesi, Perjanjian Kerahsiaan, Perjanjian Perkhidmatan dan Perjanjian Penyewaan
  • Mengendalikan semakan dokumen-dokumen berkaitan harta intelek Universiti
  • Memberi pandangan/ penasihatan dari segi undang-undang kepada Universiti
  • Merancang dan mengendalikan latihan undang-undang