NILAI, 24 September 2018 –  Seminar “Harta Intelek – Penerbitan & Penyelidikan” ini adalah garapan daripada projek yang telah dirancang dan merupakan kesinambungan daripada tiga (3) bengkel berkaitan perjanjian/MoA di USIM yang telah diadakan oleh JUU sebelum ini. Seminar pada kali ini adalah berfokus kepada perjanjian/MoA yang melibatkan Harta Intelek di bawah skop penerbitan dan kajian (research) di USIM .

Antara objektif pada seminar tersebut ialah:

~ Membincangkan isu-isu harta intelek yang berbangkit dalam proses penerbitan di universiti.

~ Membincangkan isu-isu harta intelek yang berbangkit dalam proses kajian (research) di universiti.

~ Mengupas dokumen-dokumen yang berkaitan dengan harta intelek di USIM termasuk Polisi Harta Intelek, Polisi Penerbitan dan sampel perjanjian antara universiti (sebagai penerbit) dan penulis buku.

~ Mendapatkan perkongsian maklumat daripada peguam mengenai tips  dalam menderaf klausa harta intelek terbaik di bawah MoA yang berkenaan di USIM.

Disediakan oleh:
EN. AHMAD NAKHAIE MOHAMED MUSTAFA
Jabatan Undang-Undang

172 as it is often defied by political representations, historians and academics rather than by a group order essays online of.