NILAI, 27 JULAI 2020 – Jabatan Undang-Undang telah menjayakan Hari Bersama Pelanggan JUU pada 26 Ogos 2020 (Rabu) selaras dengan hasrat JUU bagi mendekati warga USIM dan memberi pendedahan tentang kesedaran mengenai undang-undang berkaitan Universiti serta undang-undang semasa.

Dengan ketetapan SOP yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang membenarkan semula pelaksanaan mesyuarat, seminar, kursus, latihan dan program seumpamanya (tertakluk kepada pematuhan SOP), JUU mengambil inisiatif bagi meneruskan semula program ini setelah ianya tertangguh berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh Malaysia pada 18 Mac 2020.

Hari Bersama Pelanggan JUU telah dibuka kepada kepada staf dan pelajar USIM sahaja dimana staf dan pelajar perlu mengisi borang yang telah disediakan melalui google form bagi mengikuti sesi taklimat atau sesi konsultansi.

Antara akviti dan program yang telah dijalankan adalah seperti berikut:

  • Sesi konsultansi bersama pegawai Undang-Undang JUU dan bersama panel peguam USIM:
  1. Memberi peluang kepada staf dan pelajar USIM untuk bertemu dengan pegawai undang-undang USIM sekiranya terdapat sebarang persoalan mengenai hal ehwal perundangan Universiti secara umumnya.
  2. Sesi konsultansi percuma diberikan oleh panel peguam USIM bagi menjawab persoalan-persoalan perundangan khususnya dalam aspek litigasi, pertikaian sivil, keluarga islam/bukan islam serta bahagian hartanah.
  • Sesi taklimat mengenai 2 tajuk Kecuaian Perubatan (Medical Negligence) di Malaysia: Apa Yang Perlu Tahu. Serta taklimat Kesedaran Gangguan Seksual: Anda Mangsa atau Pemangsa
  • Pembukaan booth daripada syarikat luar iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

Diharapkan program yang telah dianjurkan dapat diteruskan di masa akan datang dan ianya dapat    memberi pendedahan kepada pihak yang disasarkan iaitu staf dan pelajar mengenai kesedaran terhadap undang-undang Universiti serta undang-undang semasa.

Disediakan oleh:
AZWA ADNAN
Jabatan Undang-Undang