NILAI, 4 NOVEMBER 2019 – Jabatan Undang-Undang (JUU) telah melaksanakan Seminar Kontrak ICT dengan jayanya bagi mempertingkatkan mutu Kontrak ICT di USIM.

Seminar seumpama ini amatlah diperlukan kerana Kontrak ICT merupakan kontrak yang bersifat teknikal dan memerlukan perhatian yang teliti dari segi penyediaan dokumen dan pemantauan pelaksanaan. Seminar ini juga merupakan kesinambungan daripada bengkel-bengkel perkongsian ilmu berkaitan perjanjian/MoA di USIM yang telah diadakan oleh JUU sebelum ini.

~ Objektif seminar:

Memberi pendedahan kepada peserta keperluan Kontrak ICT di universiti dan jenis-jenis Kontrak ICT yang lazimnya digunapakai di universiti.

Membincangkan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian oleh pihak universiti sebelum sesuatu kontrak ICT ditandatangani termasuklah proses peralihan.

Membincangkan tips praktikal dalam proses penderafan dan perundingan Kontrak ICT.

Seminar seumpama ini perlu diadakan untuk mempertingkatkan kesedaran mengenai kepentingan Kontrak ICT di universiti dari segi penyediaan dokumen, pemantauan projek dan pengurusan di peringkat pengakhiran perjanjian.

Disediakan oleh:
AHMAD NAKHAIE MOHAMED MUSTAFA
Jabatan Undang-Undang