• Pelajar akan digantung serta merta & tidak boleh berada di dalam @ memasuki kampus. Pergantungan itu akan berterusan sehingga pelajar hadir di hadapan jawatankuasa Tatatertib Pelajar. [Kaedah 50 Kaedah-Kaedah Universiti Sains Malaysia (Tatatertib Pelajar),1999]

Kaedah 52 Kaedah-Kaedah Universiti Sains Islam Malaysia (Tatatertib Pelajar) 2009 (“KTP USIM”)

  • Pelajar dibenarkan untuk membuat representasi lisan dalam mana-mana prosiding tatatertib yang diambil terhadapnya [Seksyen 16B (3C) AUKU 1971]
  • Pelajar dibenarkan untuk membuat representasi bertulis dalam mana-mana prosiding tatatertib yang diambil terhadapnya [Seksyen 16B (3C) AUKU 1971]
  • Pelajar mempunyai hak untuk diwakili oleh seseorang pekerja @ pelajar lain Uni. itu dalam mana-mana prosiding tatatertib yang diambil terhadapnya. [Seksyen 16B (3C) AUKU 1971]

Kaedah 52 Kaedah-Kaedah Universiti Sains Islam Malaysia (Tatatertib Pelajar) 2009 (“KTP USIM”)

Mengikut Kaedah 48 Kaedah-Kaedah USIM (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1993, pelajar yang didapati bersalah melakukan suatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan mana-mana satu atau mana-mana gabungan dua atau lebih hukuman yang sesuai seperti berikut:

  • Amaran
  • Denda tidak melebihi RM200.00
  • Dilarang daripada mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian tertentu di Universiti bagi tempoh yang ditetapkan
  • Digantung daripada menjadi seorang pelajar Universiti bagi tempoh yang ditetapkan; atau
  • Dipecat daripada Universiti

Kaedah 50 Kaedah-Kaedah Universiti Sains Islam Malaysia (Tatatertib Pelajar) 2009 (“KTP USIM”)

  • Sekiranya pelajar dihukum denda oleh Jawatankuasa Tatatertib Pelajar, tempoh penjelasan bayaran denda itu hendaklah dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan tatatertib tersebut

Kaedah 64 Kaedah-Kaedah Universiti Sains Islam Malaysia (Tatatertib Pelajar) 1999

  • Jika pelajar tidak membayar denda dalam tempoh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tatatertib Pelajar, pelajar hendaklah dengan serta merta digantung daripada menjadi pelajar Universiti & tidak boleh selepas itu berada di dalam atau memasuki kampus; Penggantungan itu hendaklah berterusan sehingga denda itu dibayar.
[Kaedah 63 (1) & Kaedah 63 (2) Kaedah-Kaedah Universiti Sains Islam Malaysia (Tatatertib Pelajar) 1999]
  • Ya, boleh. Pelajar boleh merayu dalam tempoh 14 hari dari hari perbicaraan keputusan tatatertib yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib Pelajar (Kes-Kes Akademik/ Kes-Kes Am)
[Seksyen 16B (3C) AUKU 1971]
  • Jawatankuasa Rayuan tatatertib Pelajar mempunyai kuasa untuk mendengar & memutuskan apa-apa rayuan oleh pelajar
[Seksyen 16B (5) AUKU 1971]
  • Pelajar hendaklah mempunyai hak membuat representasi bertulis dalam prosiding rayuan di hadapan Jawatankuasa Rayuan tatatertib Pelajar
[Seksyen 16B (10) AUKU 1971]
  • Jawatankuasa Rayuan tatatertib Pelajar membuat keputusan rayuan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh penerimaan rayuan pelajar
[Seksyen 16B (11) AUKU 1971]
  • Pelajar boleh menerima keputusan rayuan secara bertulis dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar
[Seksyen 16B (12) AUKU 1971]