TAKLIMAT: “NO MEANS NO: MEMAHAMI PERSEPSI GANGGUAN SEKSUAL DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI”

//TAKLIMAT: “NO MEANS NO: MEMAHAMI PERSEPSI GANGGUAN SEKSUAL DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI”

NILAI, 31 Oktober 2018 – Jabatan Undang-Undang dengan kerjasama Seksyen Latihan & Pembangunan, Jabatan pendaftar telah berjaya menganjurkan taklimat “No Means No: Memahami Persepsi Gangguan Seksual di Institusi Pengajian Tinggi” bertempat di Galeri Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada warga Universiti Sains Islam Malaysia yang terdiri daripada pelajar, ahli akademik dan pentadbir mengenai gangguan seksual dalam konteks pengajian tinggi.

Di antara objektif taklimat ini adalah seperti berikut:

  • Memberi penerangan serta mewujudkan pemahaman berkenaan jenis-jenis perilaku atau tingkah laku yang boleh menjurus kepada gangguan seksual khususnya dalam kalangan atau perhubungan di antara kelompok yang berada di Universiti.
  • Memberi penerangan berkenaan konsep sexual grooming serta contoh/situasi yang boleh diklasifikasikan sebagai sexual grooming dalam konteks perhubungan di antara kelompok.
  • Memberi panduan untuk menentukan kategori dan perlakuan gangguan seksual dan selanjutnya memberi panduan berkenaan tindakan pertama yang boleh diambil sekiranya seseorang itu mengalami gangguan seksual.
  • Memberi panduan dari sudut perundangan bagaimana untuk mengendalikan kes gangguan seksual.

Jumlah peserta yang terlibat dengan taklimat ini adalah seramai 50 orang yang terdiri daripada Pegawai/Staf dari Bahagian Sumber Manusia, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Pusat Kesihatan Universiti, Jabatan Keselamatan,Fakulti-Fakulti, Pusat Perumahan Pelajar dan wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

 

2018-11-16T16:13:21+00:00