NILAI, 2 FEBRUARI 2020 – Jabatan Undang-Undang (JUU) telah mengadakan Bengkel Hala Tuju Jabatan & sesi taklimat Komunikasi Berkesan untuk Profesional bagi meningkatkan perkhidmatan perundangan yang berkualiti tinggi, cekap, adil dan saksama selaras dengan teras ketiga Pelan Strategik yang telah ditetapkan oleh Universiti.

Dengan adanya bengkel Berkesan untuk Profesional,ianya dapat menonjolkan kewibawaan diri dan seterusnya kepada organisasi. Di samping itu, komunikasi sangat penting kerana ianya memberi kesan secara langsung terhadap kepuasan para pelanggan , pihak atasan, pekerja, rakan dan seterusnya memberi kesan kepada reputasi organisasi tersebut. Program tambahan ini dapat membangun keupayaan dan kecekapan serta fokus semua warga kerja JUU di dalam bidang tugas masing-masing

Di antara objektif bengkel ini adalah seperti berikut:

  • Menyedari kesilapan-kesilapan dalam komunikasi secara berkesan dan kesannya kepada reputasi diri dan komunikasi;
  • Memberi lebih keyakinan berkomunikasi dengan pelbagai peringkat dalam organisasi serta pelanggan;
  • Memahami kepentingan komunikasi dalam kerjaya dan membina perhubungan professional

Diharapkan dengan adanya bengkel seperti ini dapat memberikan satu nilai tambah kepada staf di JUU untuk melaksanakan tugas-tugas yang diberikan dengan lebih cemerlang dan efisen kepada jabatan dan juga kepada Universiti secara amnya.

 

Disediakan oleh:
AHMAD NAKHAIE MOHAMED MUSTAFA
Jabatan Undang-Undang