NILAI, 23 SEPTEMBER 2021 – Jabatan Undang-Undang telah menganjurkan Webinar Harta Intelek selaras dengan usaha pembelajaran melalui webinar sebagai alternatif kepada pembelajaran secara bersemuka dalam norma baharu dan memberi pendedahan serta kefahaman mengenai prinsip-prinsip Harta Intelek khususnya dalam bidang penyelidikan.

Penganjuran webinar ini akan memberi manfaat bukan sahaja kepada pegawai-pegawai Universiti Awam, pegawai Undang-Undang malah juga kepada pensyarah, penyelidik dan sektor swasta tentang isu-isu serta hak-hak mereka mengenai penulisan/penyelidikan/kajian/inovasi mereka di bawah undang-undang Harta Intelek di Malaysia.

Selain itu, objektif webinar ini juga adalah seperti berikut:

  • Memberi pendedahan mengenai kepentingan perundangan Harta lntelek dalam penulisan/penyelidikan/kajian/inovasi;
  • Memberi kefahaman kepada peserta mengenai hak-hak seorang pensyarah/penyelidik/penulis dalam penulisan/penyelidikan/kajian/inovasi mereka dan terma-terma panting yang perlu diambil kira semasa memasuki sebarang perjanjian komersial yang melibatkan perkembangan Harta lntelek, selain membincangkan isu-isu berkaitan yang sering berbangkit.
  • Menyediakan platform untuk para peserta mengutarakan permasalahan mereka yang berkaitan dengan Harta lntelek, khususnya dalam proses perkembangan serta pembangunan penulisan/penyelidikan/kajian/inovasi serta pengkomersilannya, dari segi undang-undang dan mencadangkan penyelesaian yang bersesuaian.

Asas pertimbangan

  • Seminar ini perlu dianjurkan agar pegawai-pegawai Universiti Awam, pengamal undang-undang, pensyarah, penyelidik organisasi kerajaan/sektor swasta dapat memahami prinsip Harta lntelek dari aspek perundangan.
  • Pegawai-pegawai ini juga perlu mengetahui hak-hak mereka di bawah undang­ undang Harta lntelek bagi melindungi kepentingan organisasi dan penulisan/penyelidikan/kajian/inovasi mereka bagi mengelakkan berlakunya sebarang pengeksploitasian.
  • Tambahan pula, sekiranya berlaku sebarang pertikaian dalam pengkomersialan penulisan/penyelidikan/kajian/inovasi, peserta mengetahui alternatif terbaik bagi menyelesaikan sebarang permasalahan tersebut di bawah undang-undang dan terma kontrak.

Diharapkan webinar yang telah dianjurkan dapat memberi manfaat dan pendedahan yang cukup kepada kumpulan sasaran mengenai kesedaran terhadap undang-undang  Harta Intelek secara khususnya.

 

Disediakan oleh:
AHMAD NAKHAIE MOHAMED MUSTAFA
Jabatan Undang-Undang