- Pelajar akan digantung serta merta & tidak boleh berada di dalam @ memasuki kampus. Pergantungan itu akan berterusan sehingga pelajar hadir di hadapan jawatankuasa Tatatertib Pelajar. [Kaedah 50 Kaedah-Kaedah Universiti Sains Malaysia (Tatatertib Pelajar),1999]
Kaedah 52 Kaedah-Kaedah Universiti Sains Islam Malaysia (Tatatertib Pelajar) 2009 (“KTP USIM”)
- Pelajar dibenarkan untuk membuat representasi lisan dalam mana-mana prosiding tatatertib yang diambil terhadapnya [Seksyen 16B (3C) AUKU 1971]
- Pelajar dibenarkan untuk membuat representasi bertulis dalam mana-mana prosiding tatatertib yang diambil terhadapnya [Seksyen 16B (3C) AUKU 1971]
- Pelajar mempunyai hak untuk diwakili oleh seseorang pekerja @ pelajar lain Uni. itu dalam mana-mana prosiding tatatertib yang diambil terhadapnya. [Seksyen 16B (3C) AUKU 1971]
Pelajar yang didapati bersalah melakukan suatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan mana-mana satu atau mana-mana gabungan dua atau lebih hukuman yang sesuai seperti berikut:
- Amaran
- Denda tidak melebihi RM200.00
- Dilarang daripada mana-mana bahagian atau bahagian-bahagian tertentu di Universiti bagi tempoh yang ditetapkan
- Digantung daripada menjadi seorang pelajar Universiti bagi tempoh yang ditetapkan; atau
- Dipecat daripada Universiti
Kaedah 50 Kaedah-Kaedah Universiti Sains Islam Malaysia (Tatatertib Pelajar) 2009 (“KTP USIM”)
- Sekiranya pelajar dihukum denda oleh Jawatankuasa Tatatertib Pelajar, tempoh penjelasan bayaran denda itu hendaklah dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan tatatertib tersebut
- Jika pelajar tidak membayar denda dalam tempoh yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Tatatertib Pelajar, pelajar hendaklah dengan serta merta digantung daripada menjadi pelajar Universiti & tidak boleh selepas itu berada di dalam atau memasuki kampus; Penggantungan itu hendaklah berterusan sehingga denda itu dibayar.
- Ya, boleh. Pelajar boleh merayu dalam tempoh 14 hari dari hari perbicaraan keputusan tatatertib yang diputuskan oleh Jawatankuasa Tatatertib Pelajar (Kes-Kes Akademik/ Kes-Kes Am)
- Jawatankuasa Rayuan tatatertib Pelajar mempunyai kuasa untuk mendengar & memutuskan apa-apa rayuan oleh pelajar
- Pelajar hendaklah mempunyai hak membuat representasi bertulis dalam prosiding rayuan di hadapan Jawatankuasa Rayuan tatatertib Pelajar
- Jawatankuasa Rayuan tatatertib Pelajar membuat keputusan rayuan dalam tempoh enam puluh hari dari tarikh penerimaan rayuan pelajar
- Pelajar boleh menerima keputusan rayuan secara bertulis dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pelajar