NILAI 25 APRIL 2022 – Satu program bicara “Get To Know JUU” telah diadakan secara atas talian dengan kerjasama Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU) bagi menyokong misi USIM 2022.

Program bual bicara ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar mengenai kerjaya sebagai Pegawai Undang-Undang di badan-badan berkanun dan memperkenalkan fungsi Jabatan Undang- Undang di USIM serta mempromosikan program sangkutan pendek (Mention @ JUU) yang dijadualkan akan diadakan pada bulan Ogos 2022.

Semoga program bual bicara ini dapat memberikan pengalaman dan pendedahan awal kepada pelajar FSU kepada realiti sebenar sebagai pengamal undang-undang.

 

Disediakan oleh:
Ahmad Nakhaie Mohamed Mustafa
Pembantu Tadbir