Nilai 19 September 2024 – Jabatan Undang-Undang USIM telah menerima Lawatan kerja daripada Pejabat Penasihat Undang-Undang Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat, pandangan dan amalan terbaik di dalam bidang undang-undang Universiti.

Kunjungan kali pertama UPNM seramai 6 orang yang diketuai oleh Penasihat Undang-Undang Lt. Kol Hanif Zakaria (Bersara) telah tiba pada 9.30 pagi dan telah disambut oleh JUU USIM di lobby Canselori.  Sesi taklimat telah disampaikan oleh Penasihat Undang-Undang merangkumi struktur, carta organisasi, skop tatacara dan proses kerja pengendalian semakan dokumen perundangan/perjanjian, MoA serta Mou, pertikaian cuti belajar dan litigasi, tatatertib staf dan pelajar serta pentadbiran.

Lawatan Kerja tersebut diakhiri dengan slot pertukaran cenderahati di antara kedua-dua universiti. Lawatan ini diharap akan memberi pendedahan yang bermanfaat kepada Bahagian Undang-Undang UPNM, sekaligus dapat melaksanakan tugas dengan lebih efisien, teratur dan profesional. Ia juga dijangka dapat meningkatkan pemahaman staf UPNM terhadap proses serta prosedur pengurusan undang-undang yang diamalkan di USIM.

 

Disediakan oleh:
Hamizah Hashim
Pembantu Tadbir Kanan