Nilai 26 Jun 2025 – Kesibukan dan beban tugas di pejabat boleh menyumbang kepada tekanan (stress). Bagi mengatasi dan menenangkan situasi yang seumpama ini, semua staf JUU mengambil kesempatan beriadah bersama-sama dengan mengadakan aktiviti brisk walking dan mengadakan aktiviti mencanting batik di ruang pejabat.
Sesi santai ini diadakan di kawasan sekitar Dewan Tuanku Canselor USIM,Pusat Sukan dan Pusat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) USIM. Semua staf JUU amat gembira, seronok, dapat beriadah bersama-sama serta melapangkan mental, fizikal dan tekanan kerja. Brisk walking & aktiviti mencanting batik ini juga dapat mengeratkan silaratulrahim di kalangan staf pejabat dan paling penting dapat melepaskan tekanan kerja.
Diharapkan aktiviti riadah seumpana ini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk kebaikan mental dan fizikal bersama.
Disediakan oleh:
Hamizah Hashim
Pembantu Tadbir Kanan