NILAI 2 Julai 2025 – Berdasarkan keputusan oleh Jawatankuasa Pembangunan Sumber Manusia Bil.1/ 2025 telah mengesyorkan supaya Ketua Pusat Tanggungjawab untuk mengeluarkan Sijil Penghargaan kepada staf yang memperoleh markah Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) melebihi 95.00% berkuatkuasa mulai tahun penilaian 2024.

Oleh yang demikian, terdapat empat (4) orang staf daripada Jabatan Undang-Undang (JUU) telah dipilih oleh Jabatan Sumber Manusia yang memperoleh LNPT melebihi 95.00% bagi mendorong dan menginspirasi mereka bagi mengekalkan kecemerlangan pada masa hadapan sekaligus dapat memuncakkan nama jabatan.

Diharapkan pengiktirafan ini akan menjadi satu nilai tambah kepada staf jabatan yang lain untuk mencapai prestasi kerja yang lebih cemerlang di masa hadapan.

 

Disediakan oleh:
Hamizah Hashim
Pembantu Tadbir Kanan