NILAI 12 OGOS 2025 – Jabatan Undang-Undang, USIM mengucapkan tahniah kepada Puan Nur Zahidah Zulkefli, Ketua Seksyen Tatatertib Staf & Pelajar, atas kejayaan beliau diiktiraf sebagai Certified Professional in Integrity Assurance and Management (CPIAM) Officer.

Pengiktirafan profesional ini diperoleh melalui kursus CPIAM anjuran Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Persatuan Pegawai Integriti Bertauliah Malaysia (ACeIO) selama lapan (8) minggu yang menekankan aspek integriti, keselamatan digital, kemahiran penyiasatan forensik, pengurusan risiko serta tadbir urus di organisasi.

Majlis graduasi telah berlangsung pada 11 Ogos 2025 di Universiti Sains Malaysia, sekaligus melakar pencapaian baharu buat warga Jabatan Undang-Undang, USIM dalam bidang integriti, governans dan pengurusan tatatertib.

Pencapaian ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada pengukuhan budaya integriti, profesionalisme dan tadbir urus cemerlang di peringkat jabatan dan Universiti.

Disediakan oleh:
Hamizah Hashim
Pembantu Tadbir Kanan