NILAI 24 Oktober 2025 – Jabatan Undang-Undang (JUU) telah mengadakan Tea Talk Pernyataan Awam: Sejauh Mana Pensyarah Bebas Bersuara yang telah disampaikan oleh Penasihat Undang-Undang (PUU) YBrs. Dr. Noorfajri Ismail Penyertaan lebih kurang seramai kira-kira 62 orang yang melibatkan agensi luar dan dari pihak dalaman USIM melalui aplikasi dalam talian MS Teams.

Objektif utama universiti ialah untuk mewujudkan, mengembang dan menyebarluaskan pengetahuan kepada masyarakat. Justeru, perhubungan media dengan kakitangan universiti perlu dilaksanakan dengan konsisten, menggunakan kaedah dan cara komunikasi yang lebih profesional supaya universiti dapat menyalurkan ilmu pengetahuan kepada masyarakat terutamanya berkaitan penemuan baharu melalui aktiviti penyelidikan dengan lebih berkesan.

Kakitangan universiti juga perlu memahami, menghayati dan mematuhi peraturan membuat pernyataan awam dan larangan bertindak sebagai seorang penyunting, dan sebagainya, dalam mana-mana penerbitan seperti terkandung di dalam Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surjac) 2000 [Akta 605].

Semoga taklimat ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan manfaat dalam mengeluarkan pernyataan awam di kalangan staf khasnya kepada pensyarah Universiti. Disamping itu, setiap penjawat awam perlu berhati-berhati dalam mengeluarkan sebarang pernyataan awam/ maklumat dan mengikut tatacara yang perlu dipatuhi.
Disediakan oleh:
Hamizah Hashim
Pembantu Tadbir Kanan
