Nilai, 12 Februari 2026 – Jabatan Undang-Undang (JUU) dan Pejabat Audit Dalam (PAD) telah bekerjasama mengadakan Program University Social Responsibility (USR) Ke Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Nilai.

Selaras dengan Pelan Strategik USIM 2023-2025 di bawah teras USIM Prihatin, penglibatan staf JUU dan PAD dalam program USR merupakan usaha memperkasakan pasukan sukarelawan warga USIM yang bukan sahaja kompetan dalam bidang masing-masing, tetapi turut memiliki nilai ihsan, keprihatinan dan semangat membantu masyarakat.

Di antara objektif program ini adalah:-

(i) Memberi pendedahan kepada staf mengenai keperluan kanak-kanak istimewa;

(ii) Mengukuhkan hubungan antara Pejabat Audit Dalam dan Jabatan Undang-Undang dan komuniti setempat;

(iii) Menyediakan ruang interaksi sosial dan aktiviti yang memberi manfaat kepada anak-anak PDK Nilai;

(iv) Menanam nilai empati, kesukarelawan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan staf PAD dan JUU.

Semoga program ini mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan antara JUU, PAD dan PDK Nilai dan semangat keprihatinan terhadap kanak-kanak istimewa. Di harap program sebegini dapat dijalankan lagi pada masa hadapan.