Nilai, 26 Januari 2024 – Jabatan Undang-Undang (JUU) telah mengadakan satu Bengkel Hala Tuju dan Majlis Apresiasi 2023 telah diadakan.

Bengkel Hala Tuju diadakan pada 26-28 Januari 2024 di Tasik Villa International Resort, Port Dickson. Di antara objektif bengkel ini adalah:-

(a) membantu dalam memberi nilai tambah kepada staf untuk menjadi kakitangan yang berdedikasi dan berdaya maju.

(b) Membangunkan keupayaan dan kepakaran semua warga kerja JUU dalam bidang tugas masing-masing.

(c) Membentuk warga kerja JUU agar sentiasa bekerja dalam prosedur kerja yang jelas, cekap, efisiensi dan mengikut peraturan dan berinovasi.

(d) Membantu staf menetapkan hala tuju yang strategik dan baharu bagi tahun 2024

Bagi menghargai staf-staf dan pencapaian JUU tahun 2023, satu Majlis Apresiasi diadakan secara sederhana sahaja. Walaupun begitu, setiap staf amat gembira dan berpuas hati dengan majlis tersebut.

Semoga bengkel ini dapat memberi satu dimensi yang baharu kepada staf dalam menjalankan tugas-tugas di jabatan.

Disediakan oleh:
Hamizah Hashim
Pembantu Tadbir Kanan