Nilai 25 Oktober 2024 – Kesibukan dan beban tugas di pejabat boleh menyumbang kepada tekanan (stress). Demi menyahut seruan Bulan Kesedaran Mental (Mental Health) 2024 semua staf JUU mengambil kesempatan beriadah bersama-sama dengan mengadakan aktiviti brisk walking serta bermain badminton di perkarangan Dataran Canselori USIM.
Sesi santai ini diadakan di kawasan di sekitar USIM. Semua staf JUU amat gembira, seronok, dapat beriadah bersama-sama serta melapangkan mental, fizikal dan tekanan kerja. Brisk walking & aktiviti bermain badminton ini juga dapat mengeratkan silaratulrahim di kalangan staf serta rakan-rakan daripada pusat tanggungjawab yang lain seperti STRACOMM dan Audit Dalam dan paling penting dapat melepaskan tekanan kerja.
Diharapkan aktiviti riadah seumpana ini dapat diteruskan pada masa hadapan untuk kebaikan mental dan fizikal bersama.
Disediakan oleh:
Hamizah Hashim
Pembantu Tadbir Kanan