Nilai, 13 Mac 2025 – Jabatan Undang-Undang (JUU) dan Pejabat Audit Dalam telah bekerjasama mengadakan Kursus Pemantapan Pengurusan Rahsia Rasmi Dan Keselamatan. Penceramah yang dijemput adalah Encik Zainor bin Zailan Pengarah Keselamatan Kerajaan Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Negeri Sembilan.
Di antara objektif kursus ini adalah:-
- Mempelajari skil dan kemahiran yang diperlukan oleh staf Jabatan dalam mengendalikan rekod rahsia rasmi;
- Mendedahkan peserta kepada peraturan dalam menguruskan Rahsia Kerajaan dan kawalan keselamatan;
- Memberi kefahaman tentang peraturan dan prosedur dalam menguruskan Rekod-rekod Kerajaan, Keselamatan Fizikal dan Peribadi; dan
- Menjelaskan kepada peserta mengenai keperluan dan kepentingan Pengurusan Rahsia Rasmi dan keselamatan dalam perkhidmatan awam.
Semoga kursus ini meningkatkan kemahiran pengendalian pengurusan rekod rahsia rasmi di dalam Jabatan di kalangan staf JUU dan Pejabat Audit Dalam dan memberi satu dimensi yang baharu kepada staf dalam menjalankan tugas-tugas di jabatan.
Disediakan oleh:
Hamizah Hashim
Pembantu Tadbir Kanan