Nilai, 7 Ogos 2023 – Program Mention@JUU merupakan program yang diilhamkan oleh Puan Yuhani Jamiran, Penasihat Undang-Undang USIM yang bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengalaman kepada pelajar Fakulti Undang-Undang dan Syariah (FSU) USIM berkenaan skop tugas dan tanggungjawab seorang pegawai undang-undang yang bertugas secara ‘in-house’.

Program ini telah mula dilaksanakan dengan kerjasama FSU pada tahun 2022 dengan penyertaan empat orang pelajar FSU. Oleh kerana respon yang baik dari pelajar dan fakulti, JUU berhasrat untuk menjadikan Program Mention@JUU ini sebagai program signature JUU dan diteruskan bagi tahun-tahun seterusnya. Pada tahun ini, seramai 8 orang pelajar telah dipilih untuk sertai program ini. Pemilihan dibuat oleh Ketua Program Sarjana Muda Undang-Undang & Syariah iaitu Dr. Noorfajri Ismail. Program ini berlangsung selama 5 hari yang bermula pada 7 Ogos 2023 hingga 11 Ogos 2023 di Bilik Galeri. Para pelajar telah dibimbing oleh Pegawai Undang-Undang JUU dari setiap seksyen.

JUU berharap pelajar-pelajar dapat mempraktikkan segala ilmu pengetahuan, panduan dan nasihat yang telah disampaikan sepanjang mereka menjalani program ini. Moga ianya menjadi satu platfom yang dapat memberi manfaat kepada pelajar khususnya dan juga JUU amnya.

 

Disediakan oleh:
Hamizah Hashim
Pembantu Tadbir Kanan