5 Mac 2024, Nilai – Bersempena dengan Bengkel Hala Tuju Fakulti Kejuruteraan Alam Bina (FKAB) USIM, Jabatan Undang-Undang (JUU) telah dijemput untuk menyampaikan satu slot khas berkenaan Taklimat Pengenalan Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (“Akta 605”) kepada barisan pengurusan, pensyarah serta staf pentadbiran mereka seramai 45 orang. Taklimat ini telah disampaikan oleh Puan Nur Zahidah Zulkefli, Ketua Seksyen Tatatertib Staf dan Pelajar, JUU.

Antara perkara yang diberikan penekanan berkaitan taklimat ini adalah:

  • Kepentingan pegawai meletakkan kepentingan Badan Berkanun lebih utama berbanding kepentingan peribadi;
  • Kepentingan pegawai agar memelihara imej perkhidmatan Badan Berkanun;
  • Kepentingan pegawai melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab; dan
  • Perkongsian berkenaan kes-kes tataterib di USIM bekenaan pegawai yang melakukan kesalahan / melanggar peraturan.

JUU mengucapkan terima kasih kepada FKAB atas jemputan untuk memberikan kesedaran undang-undang kepada warganya. Semoga sinergi yang baik akan terus terjalin antara JUU dengan PTj-PTj lain di USIM. Semoga taklimat ini juga menjadi satu platform yang dapat memberi manfaat dan kesan yang positif kepada staf FKAB berkaitan kepentingan mematuhi undang-undang mengikut perspektif pekerjaan di dalam perjawatan badan berkanun.

 

Disediakan oleh:
Nur Zahidah Zulkefli
Pegawai Undang-Undang