NILAI, 9 NOVEMBER 2021 – Sebagai menyambut baik Kempen Tandas Bersih yang dilaksanakan oleh KPKT setiap tahun bermula pada tahun 2010, dan juga Sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan maka Jabatan Undang-Undang USIM menyahut kempen tersebut. Jabatan Undang-Undang (JUU) dan Pusat Pemasaran dan Kemasukan Pelajar (PPKP) Universiti Sains Islam Malaysia telah bersetuju untuk bergabung bagi menyahut Sasaran Tahunan USIM 2021 (STU4) yang telah dijelaskan di dalam Amanat Naib Canselor 2021 baru-baru ini iaitu Perkara 3 : Kempen Kebersihan ‘Kita Jaga Kita’ di bawah Projek PTJ Lestari.

Sempena menyambut Hari Tandas Sedunia pada 19 November setiap tahun, maka JUU dan PPKP menyahut cabaran untuk melestarikan budaya hidup di tempat kerja dengan meningkatkan kecekapan penggunaan sumber dan mengurangkan kos pengurusan dan utiliti dengan menyertai Kempen Budaya Tandas Bersih Peringkat USIM.

Antara akviti dan program yang telah dijalankan adalah seperti berikut:

  • Bersama setiap ahli kumpulan bekerjasama dalam menghias & menambahbaik keperluan tandas.
  • Menetapkan penggiliran Ahli Jawatankuasa yang bertugas pada setiap minggu bagi memastikan keadaan tandas sentiasa bersih.
  • Melaporkan ke pihak Jabatan Pembangunan & Pengurusan Fasiliti sekiranya terdapat sebarang kerosakan.

Antara perancangan program secara berterusan ialah:

  • Memastikan kedua-dua tandas berada di dalam keadaan yang bersih, selamat dan wangi.
  • Memastikan pencuci tandas yang bertugas membuang sampah, menyediakan plastik sampah dan membersihkan tandas setiap hari.
  • Memastikan pokok-pokok sentiasa berada di dalam keadaan yang baik.
  • Melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab jika sekiranya terdapat kerosakan tandas.
  • Pegawai bertugas harian mestilah memantau dan membuat pelaporan kepada Pegawai Tanggungjawab.

Diharapkan pertandingan yang telah dianjurkan dapat diteruskan di masa akan datang dan ianya dapat    memberi pendedahan kepada pengguna tentang kepentingan di dalam penjagaan tandas serta memastikan tandas yang digunakan sentiasa di dalam keadaan yang bersih.

Disediakan oleh:
AZWA ADNAN
Jabatan Undang-Undang