Nilai 26 Jun 2023 – Bersempena Ulang Tahun USIM ke 23, pihak Pusat Pematuhan Syariah, Integriti, Pengurusan Risiko dan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (SCIROSH) telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan bertempat di Bangunan Perpustakaan USIM.

Jabatan Undang-Undang (JUU) telah menyertai Hari Bertemu Pelanggan SCIROSH dengan mengadakan satu slot sesi perkongsian kesedaran Undang-Undang bersama pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pada sesi perkongsian tersebut, JUU telah memilih tajuk “Gangguan Seksual Di Tempat Kerja”. Bagi menyempurnakan sesi perkongsian tersebut, JUU telah menjemput ASP Chong Meei Chyi, Pegawai Turus Siasatan Seksual Wanita & Kanak-Kanak, Bahagian Siasatan Seksual Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan.

Objektif perkongsian ini adalah untuk memberi kesedaran kepada staf dan pelajar USIM serta komuniti setempat berkenaan gangguan seksual di tempat kerja yang berfokuskan kepada isu-su berikut:

(a) Bentuk gangguan seksual;

(b) Penerangan ringkas berkenaan penggubalan Akta Antigangguan Seksual 2021;

(c) Prosedur pengendalian kesalahan jenayah seksual (bermula dari peringkat aduan sehinga disabitkan kesalahan);

(d) Menangani konflik antara mangsa dan pemangsa; dan

(e) Perlindungan/ kebajikan mangsa gangguan seksual

Sesi perkongsian ini mendapat respon yang sangat baik daripada pengunjung yang hadir. Info-info yang dikongsi oleh ASP Chong Meei Chyi sangat bermanfaat dan ianya boleh dijadikan satu panduan dan cara-cara bagaimana untuk membuat laporan polis atau menangani jika ianya berlaku terhadap sesiapa sahaja.

Diharap kerjasama bersama dengan pihak PDRM dapat diteruskan lagi untuk program-program yang akan datang.

 

Disediakan oleh:
Hamizah Hashim
Pembantu Tadbir Kanan