Nilai 16 Oktober 2024 – Jabatan Undang-Undang (JUU) USIM dengan kerjasama Kelab Wardah USIM telah mengadakan lawatan ke Madrasah Ibu Mas’ud (MIM) Kampung yang bertempat di Sg Mahang, Nilai, Negeri Sembilan.
Madrasah ini telah dibuka pada 2018. Ianya merupakan pondok warga emas moden yang berlatarkan Hutan Simpan Galla dan Jeram Kampung Sungai Mahang. MIM menawarkan konsep pondok warga emas dengan pengurusan yang profesional dan fasiliti yang mesra warga emas. Sebanyak 36 pondok disediakan oleh pihak pengurusan. Terdapat 30 orang warga emas yang tinggal di pondok Madrasah ini yang terdiri daripada wanita dan lelaki yang berumur di dalam lingkungan 58 hingga 68 tahun.
Objektif program:
- Menyantuni warga emas di Madrasah/pondok moden yang menyediakan pembelajaran ilmu agama.
- Meninjau dan mendapatkan pengalaman cara kehidupan berkualiti warga emas di Madrasah untuk menambah ilmu dan beribadah.
- Memupuk sifat keperihatinan dan tanggungjawab staf JUU kepada warga emas.
- Mengekalkan budaya hormat menghormati dan berkasih sayang antara satu sama lain.
Pihak madrasah ada menyediakan beberapa aktiviti yang akan dijalankan pada pagi hingga ke tengahari. Di antara aktiviti tersebut adalah:-
- Talkin Quran
- Kuliah Dhuha
- Gotong royong
Lawatan ini diharap akan memberi pendedahan yang bermanfaat kepada JUU dan Kelab Wardah dalam memberikan kesedaran, perkongsian ilmu dan membantu warga Madrasah menjalani kehidupan harian dengan lebih harmoni dan gembira.
Disediakan oleh:
Hamizah Hashim
Pembantu Tadbir Kanan