NILAI 6 April 2022 – Program Tautan Kasih telah dilaksanakan di JUU beberapa tahun lalu dan ianya akan dibuat pada bulan Ramadan. Bagi tahun 2022, Program Tautan Kasih JUU telah memasuki edisi yang ke 3.
Bersempena bulan Ramadan tahun ini, JUU telah beinfaq barang-barangan keperluan dapur seperti beras, gula, kicap, minyak masak, tepung, sardine dan lain-lain. Pada kali ini, sumbangan akan diserahkan kepada staf-staf USIM yang memerlukan. Seramai 10 orang staf telah dipilih bagi menerima sumbangan tersebut. Ianya terdiri daripada staf-staf dari Pusat Tanggungjawab (PTj) yang berlainan.
Diharap sumbangan ini dapat meringankan sedikit bebanan bagi menyambut Ramadan. JUU berharap moga program Tautan Kasih ini dapat dijalankan pada masa akan datang dan mendapat keberkatan dan kerahmatan dalam berinfaq.
Disediakan oleh:
Hamizah Hashim
Pembantu Tadbir Kanan